Tuesday, September 15, 2009

Cuti pembantu rumah tak wajar

Cuti pembantu rumah tak wajar

BEBERAPA akhbar tempatan melaporkan bahawa Jawatankuasa Kerja bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bersetuju untuk memberi cuti sehari kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia berkuatkuasa selepas Akta Kerja 1955 dipinda, dan juga akan dibenarkan menyimpan pasport sendiri semasa berada di negara ini.

Sebagai seorang yang telah menggaji hampir 10 pembantu rumah Indonesia secara silih berganti sejak tahun 2000, saya berpendapat bahawa keputusan tersebut amat tidak wajar dan perlu dikaji semula. Ini kerana ia akan mengundang pelbagai masalah kepada kedua-dua pihak, majikan dan pembantu rumah berkenaan.

Pembantu rumah bukanlah pekerjaan formal seperti bekerja dengan perusahaan majikan yang berasaskan perniagaan, sebaliknya bekerja di rumah persendirian.

Apakah mereka ini mendapat cuti rehat semasa bekerja sebagai pembantu rumah di negara mereka sendiri?

Sebagai pembantu rumah, mereka disediakan makan minum, tempat tinggal, kemudahan asas (air dan api) secara percuma oleh majikan masing- masing.

Ini tidak termasuk kemudahan lain yang tidak dapat diperincikan berbanding pekerja sektor formal yang terpaksa menanggung sendiri hampir segala-galanya.

Bayangkanlah apa akan terjadi jika seorang pembantu rumah diberi cuti sehari. Sudah pasti dia tidak akan mahu tinggal bersama majikannya pada hari cuti rehat, sebaliknya akan meminta kebebasan untuk membuat apa sahaja, sama ada di rumah atau di luar rumah.

Majikan tidak boleh melarang. Mungkin dia akan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam. Semasa di luar rumah, dia pasti akan terdedah kepada pelbagai bentuk gejala. Jika berlaku sesuatu musibah di luar rumah, siapakah yang akan bertanggungjawab?

Bagaimana pula nasib pembantu rumah rakyat tempatan? Adakah mereka juga akan diberi cuti rehat sama seperti pembantu rumah Indonesia?

Mengenai kebenaran untuk menyimpan pasport sendiri, ia juga akan mengundang padah. Untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia bagi tempoh dua tahun, seorang majikan perlu membayar terlebih dahulu lebih kurang RM8,000 dalam bentuk fee dan bayaran pendahuluan sebelum pembantu rumah dihantar kepada majikannya untuk bekerja.

Di samping itu, majikan akan membayar gaji bulanan minimum RM550 selama tidak kurang daripada 18 bulan berjumlah RM9,900. Ini bererti seorang majikan pembantu rumah Indonesia di negara ini perlu membayar RM17,900 untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia selama dua tahun, suatu jumlah yang tidak sedikit.

Jika pembantu rumah Indonesia dibenarkan menyimpan pasport sendiri, pihak majikan akan menghadapi risiko dan akan mengalami kerugian jika mereka memilih untuk lari daripada majikan sebelum tamat tempoh perkhidmatan.

Sedangkan pasport dalam simpanan majikan mereka boleh melarikan diri, apatah lagi jika menyimpan pasport sendiri.

Dalam pada itu, keluarga majikan akan menghadapi pelbagai trauma yang sukar untuk diperjelaskan akibat pembantu rumah lari. Antaranya, majikan terpaksa menghadapi risiko seperti anak-anak kecil ditinggalkan begitu sahaja berseorangan di rumah.

Bagi majikan yang bekerja, tidak semestinya mereka bercuti pada hari pembantu rumahnya bercuti. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bukan satu cerita rekaan.

Pada hakikatnya mereka diambil bekerja untuk membantu isteri kita, sama ada yang bekerja atau tidak.

Setakat ini tiada sesiapa pun terfikir supaya para isteri kita, terutama keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah, diberi cuti sehari dalam mengurus rumah tangga.

Jadi di manakah letaknya keperluan untuk memberi cuti sehari kepada pembantu rumah yang tidak pun ditakrif sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955, kecuali di bawah satu bahagian dalam akta itu.

Selain isu-isu tersebut, sudah ada pula ura-ura untuk menetapkan gaji minimum untuk pembantu rumah.

Dalam keadaan ini, mungkin jawatankuasa berkenaan akan menimbangkan pula pelbagai faedah lagi untuk mereka seperti KWSP, cuti am, kerja lebih masa, cuti bersalin, gaji berganda kerana bekerja pada hari cuti umum, bonus tahunan atau mungkin faedah pencen dan faedah yang lain.

Sekiranya terdapat kecenderungan sedemikian, adalah wajar untuk kita mengkaji semula keperluan pembantu rumah Indonesia untuk bekerja di negara ini.

1 comment:

  1. Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
    saya seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547














    ReplyDelete